Lovebird adalah salah satu daripada sembilan spesies genus Agapornis. Mereka adalah nuri kecil yang sosial dan penyayang. Tujuh spesies berasal dari benua Afrika, manakala Lovebird berkepala kelabu adalah berasal dari Madagascar.Burung ini sentiasa duduk berkasih-kasihan hidup dalam kelompok kecil dan makan buah-buahan, sayur-sayuran, rumput dan benih.
Sesetengah spesies disimpan sebagai haiwan kesayangan dan jangka hayat purata mereka ialah 10 hingga 15 tahun.
.
.

.
.
Bergantung kepada spesies Lovebird, yang betina akan membawa bahan untuk bersarang ke dalam sarang dalam pelbagai cara. Apabila sedang berkasih-kasihan, pasangan burung mula membina sarang mereka, diikuti dengan proses mengawan. Telur akan dihasilkan 3-5 hari kemudian. Burung betina akan menghabiskan berjam-jam di dalam kotak sarangnya sebelum bertelur. Jumlah telurnya adalah sebanyak 4-6 biji.
.
.

Makanan yang sesuai untuk Lovebird:
1. Bijian Mix - Kita dapat memberikan biji-bijian yang telah dicampur yang banyak dijual dipasaran sebagai makanan utamanya.
2. Sayur-sayuran segar - Burung lovebird sangat menggemari sayur-sayuran segar seperti: Kangkung, Sawi Putih, Jagung Muda dan sayur-sayuran lain.
3. Masin - Untuk mencukupi keperluan kalsium, burung ini memerlukan pengambilan kalsium tambahan. Dapat diberikan tulang sotong untuk melengkapkan keperluan kalsium yang diperlukan.
4.Makanan tambahan - Biji bunga Matahari, biji Soya, biji Kacang Merah dan biji kacang Hijau sangat digemari oleh burung ini untuk melengkapkan keperluan vitamin, protein dan menaikkan suhu tubuh serta meningkatkan sistem metabolisme di dalam tubuhnya.