Ulat hongkong atau dalam bahasa lain dikenal dengan Meal Worm atau Yellow Meal Worm dapat ditemui pada kedai-kedai makanan burung, reptilia dan ikan karena memang ulat hongkong biasa digunakan sebagai makanan tambahan haiwan-haiwan tersebut. Selain itu ulat hongkong bisa digunakan sebagai bahan makanan haiwan dalam bentuk pellet..
.

.
.
Penternakan ulat hongkong sebenarnya cukup mudah dan tidak memerlukan tenaga dan modal yang besar, selain itu ia boleh dilakukan sebagai usaha sampingan.Hasil usaha sampingan penternakan ulat hongkong ini cukup lumayan keranan harga di pasaran sangat tinggi sehingga satu 'cup' sudah berharga RM2.00. Permintaan daripada pelanggan juga menggalakkan kerana sering kali saya ingin mencari ulat ini kebiasaannya sudah habis ataupun hanya tinggal sisa-sisa yang terakhir..
.
.

.
.
.
Jika anda tertarik untuk mengusahakan kerja sampingan penternakan ulat hongkong langkahnya cukup mudah. Perkara yang diperlukan hanyalah semangat dan bole dilakukan di rumah. Langkah-langkah penternakan ulat Hongkong:
- Siapkan tempat pemeliharaan berupa papan triplek, ataupun dengan bekas plastik. Ukuran sesuaikan dengan keinginan anda.
- Siapkan media pemeliharaan berupa campuran dedak halus(Polard) dan ampas tauhu kering.
- Beli ulat hongkong kemudian dipelihara sehingga menjadi serangga dan kemudian bertelur.
- Makanan ulat hongkong ialah sayuran, timun, betik dan bahan makanan yang lain yang mengandungi banyak air.
Ketelitian adalah kunci untuk menternak ulat hongkong ini kerana jika tidak teliti ada hama sejenis ulat hongkong yang berukuran lebih kecil akan hidup pada media, ulat kecil ini bersifat kanibal dan memakan ulat-ulat hongkong yang lain sehingga produksi menurun. Biasanya ulat jenis ini datang dari media dedak halus dan dari persekitaran..
.
.
salam sume.. bagi sape nak try ternak ulat ni bole start dgn beli ulat ni RM1 kat kdai haiwan.. study dlu cmne kitaran hidop die.. dari ulat ke kumbang dan kembali kepada ulat balik...
ReplyDeleteSesiapa yang ingin membeli stok ulat Hongkong dari kecik hingga ke induk boleh hubungi saya di talian 0193688543
ReplyDeleteUlat Jerman pown saya ade ..sekadar mencuba pelihara dan dlm tempoh 3 bulan memang hasil luar biasa ulat Jerman.kepada yang berminat untuk membeli,menternak bole hubungi saya di talian berikut..t.kasih
ReplyDelete