
Wednesday, 13 March 2013
AYAM KAMPUNG ~ RAJA SEGALA AYAM
Ayam kampung. Istilah ini digunakan kepada ayam jenis ini kerana ia dipelihara secara lepas atau bebas. Kebiasaannya ayam ini dipelihara di kawasan luar bandar atau kampung. Nama saintifik bagi ayam kampung ini ialah Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus).Reban hendaklah disediakan untuk ayam kampung ini tidur pada waktu malamnya. Jika reban tidak disediakan, ayam-ayam kampung ini akan tidur di atas pokok yang renek bagi mengelak dari diserang oleh musang pada waktu malam.Ayam kampung ini mestilah mempunyai peluang untuk bergerak aktif tanpa perlu dikurung pada waktu siang hari dan pandai mencari makanan tambahan seperti serangga kecil, ulat, belalang dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Kebiasaannya ayam kampung ini akan diberi makanan berupa sisa makanan, lebihan nasi, dedak, jagung, ubi dan sebagainya pada waktu sebelah pagi sebelum ayam-ayam ini berkeliaran mencari makanannya sendiri.Ayam-ayam kampung ini begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri-ciri daging yang enak dan berprotein tinggi tanpa kolesterol ini menyebabkan harga ayam kampung di pasaran adalah tinggi berbanding dengan harga ayam daging komersil. Daging ayam kampung ini juga agak liat, pejal dan manis berbanding dengan ayam daging komersil yang dijual di pasaran.Ayam kampung ini melibatkan perkahwinan secara tabie atau semulajadi iaitu 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina dan kebiasaan ibu ayam kampung ini boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
Industri ternakan ayam kampung di negara ini masih belum dilakukan dengan komersil lagi. Ini mungkin disebabkan oleh tanggapan masyarakat bahawa pemeliharaan ayam kampung memerlukan keserasian dengan binatang tersebut untuk membolehkan ia hidup dengan baik.Daging ayam kampung yang mempunyai pasaran yang tersendiri serta mempunyai nilai khasiat yang tinggi boleh dikomersialkan dengan perancangan serta strategi pemasaran yang berkesan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kepada sesiapa yang berminat utk berkongsi ilmu mengenai ayam kampung dipersilakan untuk berbincang di sini. Saya juga akan turut serta bersama berkongsi dengan anda...
ReplyDelete